HOME / Tular

Lari ‘Tak Cukup Tanah’ Nampak ‘Pak Belang’

Dua pekerja ladang kelapa sawit di Felda Kerteh 2, Dungun, Terengganu, cemas selepas bertembung dengan seekor harimau belang.

Pekerja ladang warga Indonesia itu bagaimanapun kembali semula ke lokasi setelah mendapati harimau terbabit tidak berupaya mengejar kerana cedera di bahagian kaki sebelum  video dirakam.

Rakaman video tular berdurasi hampir seminit itu kelihatan harimau jantan berkenaan mengalami kecederaan di bahagian kaki dan dipercayai terkenan jerat pemburu haram.

Terdapat kesan luka di bahagian kaki harimau malang itu. 

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Negeri Terengganu, Dr. Abdul Malek Mohd Yusof berkata, pihaknya telah melakukan siasatan dan mengesan lokasi harimau itu.

Pihaknya juga telah mendapatkan kerjasama dengan pekerja ladang  yang merakam video terbabit bagi mengesan lokasi harimau itu ditemui.

Buletin utama sebelum ini pernah melaporkan beberapa ekor lembu dan kambing ternakan milik peneroka mati di baham harimau di Felda Kerteh empat tidak jauh dari Felda Kerteh Dua. 

Peneroka dan pekerja ladang di felda terbabit turut berasa bimbang keselamatan mereka dan meminta pihak PERHILITAN segera menangkap harimau itu.