comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] “Malindo Air akan hubungi penumpang dan mohon maaf” – Anthony Loke

PUTRAJAYA: Menteri Pengangkutan, Anthony Loke memaklumkan syarikat penerbangan Malindo Air akan menghubungi semua penumpang yang ‘tersadai’ di lapangan terbang baru-baru ini bagi memohon maaf selepas penerbangan mereka tergendala.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Seremban menerusi ciapan di Twitter malam tadi memaklumkan perkara itu dinyatakan pihak penerbangan terbabit selepas dihubunginya.

 

Maklum balas diberikan beliau susulan aduan seorang pengguna Twitter, Mohd Firdaus Jailan yang juga penumpang yang terkesan dalam kejadian itu.

“Salam saudara Firdaus, saya dah hubungi pengurusan @malindoair. Mereka akan hubungi semua penumpang yang terjejas untuk memohon maaf dan mengambil tanggungjawab,” katanya.

Jumaat lalu, Firdaus meminta Loke melakukan tindakan segera mengenai pengurusan Malindo Air yang didakwa tidak menjaga kebajikan penumpang apabila pesawat yang dijadualkan untuk mereka tergendala lebih 8 jam.

Video rungutan individu itu juga tular di media sosial menyebabkan orang ramai turut menggesa kerajaan memberi perhatian mengenai perkara itu.

Loading...
Terkini