comscore
Tumpuan :
Nasional

Mayat lelaki ditemukan dalam semak

Mayat lelaki dalam keadaan sudah mula kembung dan membengkak ditemukan di kawasan semak berhampiran Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di sini, hari ini. – FOTO: Ihsan pembaca

TAWAU: Mayat lelaki dalam keadaan membengkak ditemukan di sebuah kawasan semak berhampiran Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), di sini, hari ini.

Difahamkan, mayat lengkap berpakaian terbabit ditemui oleh orang awam yang melalui kawasan itu sebelum memaklumkan penemuan kepada pihak polis.

Terdahulu, beberapa keping gambar tular di media sosial memaparkan mayat mangsa yang berbaju hitam dan seluar berwarna coklat terbaring di kawasan semak.

Turut kelihatan, sebuah Perodua Myvi dengan pelekat perkhidmatan e-hailing selain kehadiran anggota polis di kawasan kejadian.

Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Jasmin Hussin ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkata, pihak polis masih berada di lokasi bagi menjalankan siasatan.

“Perkembangan lanjut kes ini akan dimaklumkan dan satu kenyataan media akan dikeluarkan sebaik pihak polis selesai menjalankan siasatan,” katanya.

Loading...
Terkini