comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Pemandu Honda buat laporan dakwa pemandu lori yang maut masuk laluannya

Tangkap layar video tular

JOHOR BAHRU: Pemandu kereta Honda yang terbabit dalam kemalangan hingga menyebabkan pemandu lori maut di Kilometer 46.8 Lebuhraya Utara Selatan arah utara, telah membuat laporan polis di ibu pejabat polis Kulai semalam.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tan Seng Lee berkata, pemandu berusia 24 tahun itu membuat laporan polis di Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kulai.

Menurutnya, dalam laporan itu, pemandu kereta mendakwa pemandu lori mengubah haluan hingga menyebabkan kemalangan berlaku.

Dalam kejadian jam 8.25 pagi semalam, lori yang membawa muatan ayam sejuk beku dipandu mangsa berusia 39 tahun, dirempuh kereta Honda berkenaan.

Akibat rempuhan, lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan sebelum terbalik.

Mangsa yang tersepit di dalam kenderaan, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Pemandu kereta Honda bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Terdahulu, tular video rakaman kamera papan pemuka sebuah kenderaan lain yang merakam detik kemalangan maut itu hingga mendapat pelbagai reaksi masyarakat kerana ia menggambarkan keadaan sebaliknya.

Polis masih menjalankan siasatan lanjut.

Loading...
Terkini