comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Pemandu kereta “lari” sebab takut, panik

JOHOR BAHRU : Pemandu kereta yang tular selepas melanggar sebuah motosikal di kilometer 7 Jalan Johor Bahru – Kota Tinggi di sini, kelmarin tidak berhenti dan meneruskan perjalanan kerana takut dan panik.

Ketua Polis daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, bagaimanapun pemandu terbabit,  seorang lelaki berusia 30-an itu membuat laporan polis berhubung kemalangan terbabit, tidak lama kemudian.

Katanya, kejadian berlaku jam 9 pagi apabila pemandu kereta secara tiba-tiba menukar lorong kiri ke laluan tengah.

“Pemandu hilang kawalan dan melanggar sebuah motosikal  ditunggang lelaki tempatan berusia 40-an.

“Penunggang mososikal hanya mengalami kecederaan kecil di badan, manakala pemandu kereta tidak mengalami kecederaan.

“Pemandu kereta telah membuat laporan polis dan memberi kerjasama sepanjang soal siasat dijalankan,” katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.

Tangkap layar video tular

Jelas Raub, kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan dan tindakan selanjutnya,” katanya.

Terdahulu tular sebuah video berdurasi 20 saat menunjukkan sebuah kereta menukar lorong dari kiri ke tengah secara laju telah melanggar sebuah motosikal.

Loading...
Terkini