comscore
Tumpuan :
Nasional

Persidangan UMNO Lahad Datu dicemari insiden pergaduhan

Tangkap layar klik video kekecohan pada persidangan UMNO Bahagian Lahad Datu, hari ini. – Video tular

LAHAD DATU: Persidangan UMNO Bahagian Lahad Datu hari ini kecoh susulan berlaku pergaduhan di atas pentas di Dewan Sri Perdana.

Klip video kejadian turut tular di pelbagai platform media sosial, hari ini.

Difahamkan, pergaduhan berpunca akibat provokasi oleh penyokong calon bertanding.

Berdasarkan video yang tular, ada beberapa penyokong dipercayai tidak berpuas hati lalu menaiki pentas ketika Ketua UMNO Bahagian Lahad Datu, Mejar (B) Khalid Harun sedang berucap.

Tindakan itu menyebabkan lebih ramai penyokong menaiki pentas hingga tercetus pergaduhan.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Dr Rohan Shah Ahmad, ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 15(3) Akta Perhimpunan Aman 2012 dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

“Kekecohan bermotif provokasi hingga menimbulkan pergaduhan. Polis dapat mengawal keadaan dan menghentikan perhimpunan berkenaan.

“Kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya,” katanya. – BERITA HARIAN

Loading...
Terkini