comscore
Tumpuan :
Nasional

Polis buka kertas siasatan, siasat video martabak perisa ‘air ludah’

Tangkap layar menunjukkan seorang lelaki yang dikatakan meludah ke atas adunan martabak yang sedang digaulnya di sebuah sebuah gerai bazar Ramadan di Labuan.

LABUAN: Polis siasat video tular mengenai peniaga bazaar yang didakwa meludah ke dalam adunan martabak yang digaulnya di bazar Ramadan Labuan Walk.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Ahmad Jawila berkata, pihaknya telah menerima tiga laporan berhubung rakaman video yang tular itu.

“Melalui rakaman itu, seorang lelaki dinyatakan sebagai penjual martabak perisa air ludah di Bazar Labuan Walk telah ditonton dan mendapat kecaman daripada pelbagai pihak yang tidak senang dengan kejadian itu.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Video berdurasi 12 saat itu tular di media sosial sejak 19 April lalu dan mengundang kecaman pelbagai pihak.

Sementara itu, Superintendan Ahmad juga menasihati orang ramai supaya tidak sewenang-wenangnya menyebarkan video atau sebarang kenyataan yang boleh menimbulkan kegusaran terhadap masyarakat.

“Sekiranya ada mana-mana pihaknya yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian ini, diminta tampil membantu siasatan atau menghubungi pegawai penyiasat kes Asisten Superintendan Mohd Kennedy Mat Jusoh di talian 087-412222,” katanya.

Loading...
Terkini