comscore
Tumpuan :
Tular

Polis Cari Pemandu Pikap

Tangkap layar rakaman yang tular di media sosial.

KUALA LUMPUR: Polis mencari individu yang terbabit dalam perselisihan faham membabitkan pemandu dan penunggang motosikal di Jalan Pinang, di sini.

Terdahulu, tular rakaman video di media sosial membabitkan pemandu pikap keluar daripada kenderaan sambil memegang objek dipercayai menuju ke arah penunggang motosikal.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner, Noor Dellhan Yahaya berkata, pihaknya mengesan rakaman itu menerusi akaun Facebook Arif Danial.

Menurutnya, setakat ini polis masih giat mengesan individu yang terbabit dalam kejadian itu untuk siasatan lanjut.

“Individu yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta tampil menyalurkan maklumat bagi membantu siasatan.

“Orang ramai dinasihatkan agar tidak melakukan sebarang perbuatan yang melanggar undang-undang,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Katanya, sebarang maklumat boleh disalurkan kepada Balai Polis Dang Wangi menerusi talian 03-26002222 atau Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur ditalian 03-21159999. – HARIAN METRO

Loading...
Terkini