comscore
Tumpuan :
Tular

Projek PSR, Video Tular Tidak Tepat

PETALING JAYA: Dakwaan seorang individu dalam video yang tular berkaitan dengan projek Tambakan Pulau Pinang Selatan (PSR) adalah tidak tepat dan mengelirukan orang awam.

Ketua Pengarah Alam Sekitar, Wan Abdul Latiff Wan Jaffar berkata hakikat sebenarnya, laporan penilaian impak alam sekitar (EIA) telah diluluskan pada tahun 2019.

Manakala laporan EIA yang baharu sedang dalam penilaian Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan agensi teknikal lain.

“Jabatan Alam Sekitar (JAS) merujuk kepada sebuah video di laman Tiktok yang bertajuk “Penang South Islands Being Cursed?” yang telah diviralkan oleh pihak tertentu berhubung pembangunan di Pulau Pinang yang didakwa sukar mendapatkan kelulusan Laporan EIA dari JAS.

“Individu di dalam video tersebut mendakwa bahawa Projek Penang South Reclamation (PSR) menghadapi masalah kelulusan EIA berbanding dengan projek di negeri lain seperti di Negeri Johor, Melaka, Sabah dan Kedah yang melaksanakan projek tanpa kelulusan Laporan EIA dan juga tanpa dinyatakan dalam Rancangan Struktur.

“Untuk makluman, PSR telah mendapat kelulusan Laporan EIA dari JAS pada 2019 namun bantahan dari Persatuan Nelayan Pulau Pinang yang membawa kepada perbicaraan di Lembaga Rayuan di bawah Seksyen 35 Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

“Keputusan Lembaga Rayuan telah mengetepikan kelulusan laporan EIA tersebut kerana bercanggah dengan Seksyen 34A(4), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang berkaitan dengan zonning pembangunan yang belum diluluskan oleh Pihak Berkuasa Negeri Pulau Pinang ketika itu. Laporan EIA yang baru telah dikemukakan kepada JAS dan masih di peringkat penilaian oleh JAS serta telah diedarkan untuk penilaian agensi teknikal yang lain,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Jelas beliau penilaian laporan EIA projek itu dibuat di dalam Jawatankuasa Teknikal
Penilaian EIA yang dianggotai oleh agensi lain seperti PLANMalaysia, Jabatan
Perikanan, Jabatan Kesihatan, Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Mineral dan
Geosains, Jabatan Laut Malaysia, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Perancang Bandar
dan Desa, Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang.

Individu yang dilantik pula mempunyai kepakaran tertentu serta pihak badan bukan kerajaan.

Menurut beliau laporan EIA di bawah jadual kedua, pameran awam dan ulasan awam dilaksanakan bagi memberi peluang kepada semua pihak untuk mengemukakan ulasan.

“Bagi Laporan EIA di bawah jadual kedua, pameran awam dan ulasan awam dilaksanakan bagi memberi peluang kepada semua pihak untuk mengemukakan ulasan berkaitan kandungan laporan EIA tersebut samada dari segi polisi, perundangan dan isu-isu teknikal berkaitan dengan projek bukan sebagai platform bantahan kepada projek

“Keperluan memenuhi seksyen 34A(3), AKAS 1974 dan supaya tidak bercanggah dengan Seksyen 34A (4)(a) dan (b), akta yang sama diberi perhatian serius terhadap penilaian laporan EIA. Keputusan akhir bagi kelulusan projek pembangunan ini adalah di bawah pihak berkuasa yang meluluskan projek iaitu Kerajaan Negeri Pulau Pinang,” jelasnya.

Loading...
Terkini