comscore
Tumpuan :
Nasional

Serang imam ketika solat Subuh, lelaki kurang siuman ditahan polis

Tangkap layar video menunjukkan seorang lelaki menyerang imam ketika sedang solat subuh di Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, Kuantan. – FOTO: Ihsan PDRM

KUANTAN: Polis menahan lelaki dipercayai kurang siuman selepas menyerang seorang imam ketika solat subuh di Masjid Negeri Sultan Ahmad Satu, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.18 pagi itu, suspek berusia lingkungan 40-an yang berpakaian baju Melayu warna ungu dan berkain pelikat serta berseluar hitam bertindak menyerang mangsa dari belakang.

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, mangsa adalah pelajar Maahad Tahfiz Thurath, Ilhan Muhammad Irham yang menjadi imam jemputan untuk solat subuh sempena Program Khatam Subuh 2.0 Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, Kuantan.

“Ketika solat Subuh masuk rakaat kedua dengan anggaran bilangan jemaah seramai 80 orang, terdengar suara lelaki menjerit dari arah pintu ‘roller shutter’ masjid.

“Seminit selepas itu ketika imam masih membaca surah dalam solat, datang seorang lelaki dipercayai kurang siuman menolak jemaah dari arah belakang menuju ke imam serta cuba memukul imam dengan selipar di tangannya.

“Imam terus mengelakkan diri dari serangan itu menyebabkan solat dihentikan,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini

Pihak keselamatan masjid dan jemaah bertindak menghalang tindakan lelaki itu serta menahannya sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Loading...
Terkini