comscore
Tumpuan :
Tular

Stesen Minyak Kehabisan Petrol, Cetus Panik Banyak Kereta Tersadai

PETALING JAYA: Penangan sambutan aidilfitri mencetuskan panik buat orang ramai apabila sesetengah stesen minyak kehabisan petrol terutamanya RON95.

Pengguna di twitter dikenali @syashaedora menerusi ciapannya berkata selain petrol, air juga habis di tandas stesen minyak berkenaan.

Kejadian difahamkan berlaku di sebuah stesen minyak di Setiu, Terengganu semalam.

Kebanyakkan kenderaan yang tersadai sedang menunggu ketibaan lori tangki minyak yang difahamkan turut terperangkap di dalam kesesakan lalu-lintas.

Pengguna lain turut berkongsi pengalaman, ada sesetengah stesen hanya memberi maksimum RM30 untuk mengisi minyak.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai @azmdae.

“Semalam bukan minyak saja habis, dari Jerteh sampai Setiu ATM habis duit, nak isi minyak, slot card tiada,”ujarnya.

Loading...
Terkini