comscore
Tumpuan :
Nasional

Topi keledar berbentuk cerek tarik perhatian netizen

Foto tular

KUALA LUMPUR: Gelagat seorang lelaki yang memakai topi keledar berbentuk cerek menarik perhatian netizen yang terhibur melihatnya.

Individu itu dipercayai adalah penghantar makanan dan video mengenainya tular di media sosial.

Walaupun video asal sudah dipadamkan, ia dimuat naik semula di laman sosial Instagram.

Rata-rata netizen yang terhibur dengan sikap lelaki berkenaan membanjiri ruangan komen dengan kata-kata gurauan.

“Jin dah tak muat nak masuk dalam teko, masuk kepala pun jadilah,” kata @miegha_.

“Tidak hairanlah saya tidak boleh masak air, cerek sudah diambil,” kata salah satu akaun yang lain.

Persoalan turut timbul mengenai reaksi pihak berkuasa terhadap individu berkenaan yang memakai topi kelendar tidak mematuhi piawaian ditetapkan serta aspek keselamatan memakai topi berkenaan.

Loading...
Terkini