comscore
Tumpuan :
Tular

UM Sedia Kerjasama Siasat Isu Tular Calon PhD Antarabangsa

Universiti Malaya. – FOTO: NSTP

KUALA LUMPUR: Universiti Malaya (UM) menafikan tuduhan yang tular di platform media sosial oleh seorang calon PhD antarabangsa bahawa kajian penyelidikan beliau telah diambil oleh penyelia beliau tanpa kebenaran.

UM dalqam satu kenyataan hari ini memaklumkan, adalah dasar Universiti bahawa hasil penyelidikan dan hasil ilmiah merupakan hak milik Universiti.

Walau bagaimanapun, Universiti telah memberi peluang dan sumber untuk membantu calon menyempurnakan PhD beliau termasuklah pelanjutan tempoh pengajian sebanyak tiga semester selepas tamat tempoh maksimum 12 semester dengan yuran yang ditaja oleh Fakulti.

Universiti juga telah mengadakan beberapa sesi kaunseling dan melantik Penyelia tambahan bagi membantu beliau.

Namun calon tersebut masih didapati tidak berupaya untuk menamatkan pengajiannya dalam tempoh pelanjutan yang diberi.

Dalam hal ini, UM telah membuat satu laporan polis bagi menafikan tuduhan calon tersebut dan sedang mengkaji tindakan perundangan yang bersesuaian.

Loading...
Terkini