comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Rumah kecil tapi berlambak bilik sewa

Kediaman sebelum di ubah suai

Oleh Izzatie Rizan

PETALING JAYA: Kediaman kecil namun ada hingga berpuluh bilik!

Semuanya dilakukan bagi menyumbat lebih ramai penyewa demi penuhkan kocek si rakus.

Itu antara taktik kebanyakan pemilik premis rumah di sekitar ibu kota yang sanggup mengubah suai rumah mereka demi mengaut keuntungan berlipat ganda.

Lebih tidak masuk akal, bilik disewa dengan harga ‘cekik darah’ selain mengabaikan aspek keselamatan.

Kediaman selepas di ubah suai

Mendedahkan kepada Buletin TV9, rata-rata penyewa mendakwa lokasi strategik dan dekat dengan kemudahan pengangkutan awam menyebabkan mereka tiada pilihan selain akur menyewa di kediaman sempit.

Di Lembah Klang, harga sewa bilik berbeza-beza mengikut kepadatan kawasan penduduk.

Misalnya di Kuala Lumpur, harga sewa bilik utama boleh mencecah daripada RM650 hingga RM900 tidak termasuk bil air dan elektrik serta caj penyelenggaraan.

Kenneth Ruly Anak Andrew merupakan salah seorang penghuni yang berkongsi pengalaman menyewa di kediaman teres tiga tingkat yang mempunyai tujuh bilik.

Terikat dengan perjanjian yang lebih memihak kepada tuan rumah, pengalaman dikongsikan salah seorang penghuni, Kenneth Ruly Anak Andrew.

Beliau menyewa bilik bersaiz sederhana di kediaman teres tiga tingkat yang mempunyai tujuh bilik.

Meskipun kesemuanya sudah mempunyai penghuni, dan selaku penyewa dia tidak mempunyai hak untuk bersuara, tuan rumah bertindak menambah tiga bilik lagi di kawasan ruang tamu.

“Mereka cakap nak tambah ‘partition’ di ruang tamu, sedangkan dalam kontrak semua itu tak wujud”

“Saya tanya untuk apa penambahan bilik di ruang tamu sampai langsung tiada tempat kami (penyewa) beriadah, mereka jawab untuk tambah lagi penyewa…jadinya satu rumah nie ada 10 bilik sewa!,”

“Saya juga tengok mereka melakukan pengubahsuaian secara semberono…tak nampak pun orang yang bertauliah lakukannya…mereka pun hanya buat dalam masa seminggu sahaja”.katanya.

Hanya berdindingkan papan lapis sebagai pembahagi ruang, beliau mendakwa harga sewa setiap bilik tetap mahal meskipun tinggal dalam kediaman melebihi kapasiti.

Jelasnya disebabkan pemilik mahukan keuntungan tinggal di perumahan kategori elit hanya sekadar nama sedangkan beliau terpaksa memarkir kenderaan jauh daripada kediaman serta dinafikan hak menggunakan kemudahan yang ada.

“Ketika saya masuk menyewa, mereka janjikan hanya lelaki sahaja yang menyewa di rumah ini…lepas tue janji tinggal janji… dah bercampur-campur jantina,”

“Sampai satu masa saya jadi hilang sabar…bila tuan rumah bawa masuk penyewa perempuan, jadinya 10 lelaki bujang tinggal bersama seorang wanita, keadaan masa itu sangat-sangat tidak selesa,”tambahnya.

Seorang mahasiswa universiti tempatan, Wan Mohamad Nabil Mohd Zuki mendakwa terdapat perbezaan kadar sewaan bilik yang ditawarkan kepada pelajar universiti dan orang awam.

Nasib sama turut dikongsikan seorang mahasiswa universiti tempatan, Wan Mohamad Nabil Mohd Zuki yang mendakwa terdapat perbezaan kadar sewaan bilik yang ditawarkan kepada pelajar universiti dan orang awam.

Caj sewa dua kali ganda didakwanya akan dikenakan tuan rumah, sekiranya mengetahui si penyewa adalah golongan pelajar.

“Masa itu saya nak menyewa di Seksyen 18, Shah Alam tapi bila tahu kami pelajar terus ‘reject’ nak bagi kami menyewa… namun disebabkan terdesak kami pujuk tuan rumah…tapi lain jadinya dia bagi syarat tak masuk akal…dia minta harga dua kali ganda daripada tawaran sebelum ini.

“Lagi menyedihkan tuan rumah bagitahu setiap seorang daripada kami harus membayar RM250 hingga RM300 termasuk wajib duduk sepuluh orang atau dia tambah masukkan orang lagi untuk cukupkan jumlah penghuni dalam pangsapuri tersebut,” katanya.

Hasil tinjauan Buletin TV9 mendapati situasi yang seakan sudah jadi ‘trend’ di ibu kota ini sama konsepnya seperti pengubahsuaian melibatkan rumah flat yang tular baru-baru ini, cuma kali ini ia gagal dikesan kerana dilakukan sembunyi-sembunyi di dalam kawasan kediaman.

Buletin TV9 yang melakukan penyamaran juga mendapati ubah suai melampau membabitkan bilik sewa semakin menjadi ikutan pemilik rumah lebih-lebih lagi yang mempunyai banyak rumah untuk disewa.

Ibarat memasuki bilik karaoke tanpa ruang tamu itulah yang boleh digambarkan setiap kali tinjauan rumah dilakukan, selain ruang masuk pengudaraan ke dalam rumah juga dikepung.

Rata-rata ejen rumah yang bertindak mewakili pemilik premis memberitahu pemilik tidak membuat sebarang permohonan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk kerja mengubah suai kediaman berkenaan.

Ikuti siri kedua dalam Buletin TV9 juga versi penulisan dalam akhbar Harian Metro esok.

Loading...
Terkini