comscore
Tumpuan :
Tular

‘Video Tular Rakaman Awal, Jangan Sebar Maklumat Tanpa Semak’’

KAJANG: Jabatan Penjara Malaysia menegaskan tiada sesi rakaman video melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang dibuat oleh mana-mana agensi media di dalam premis penjara seperti mana yang ditularkan.

Dalam satu kenyataan hari ini, Jabatan Penjara memaklumkan rakaman itu telah dibuat lebih awal.

“Hasil semakan menunjukkan video tersebut telah dirakam lebih awal oleh pihak Radio Televisyen Malaysia (RTM) sempena Kembara Keluarga Malaysia Episod 57 iaitu sebelum Dato’ Seri Najib dipenjarakan.

“Video yang ditayangkan di TV1 pada 24 Oktober 2022 menceritakan tentang sejarah dan latar belakang Pekan, Pahang dan tidak berkaitan dengan politik.”

Sehubungan dengan itu, Jabatan Penjara menasihatkan orang ramai untuk tidak menyebarkan maklumat tanpa semakan lanjut.

Tindakan undang-undang boleh diambil ke atas individu yang tidak bertanggungjawab.

Loading...
Terkini