comscore
Tumpuan :
Nasional

Wanita mohon maaf selepas dikecam buat kandungan lucah hubungan isteri

KUALA LUMPUR: Seorang wanita tampil membuat permohonan maaf menerusi akaun Facebook berikutan kandungan yang dihasilkannya mengandungi unsur lucah serta bersifat keterlaluan.

Wanita itu juga dipercayai bertanggungjawab mewujudkan dua kumpulan Telegram berkaitan hubungan suami isteri membuat permohonan maaf selepas mendapat kecaman daripada pelbagai pihak.

“Saya memohon jutaan maaf atas kesilapan juga kekhilafan daripada pandangan saya yang menimbulkan kekecohan dan ketidaknyamanan (tidak harmoni) antara kita.

“Apa yang berlaku itu adalah suatu pengajaran dan pertanggungjawab ke atas diri saya. Apa yang saya lontarkan sama ada dalam FB mahupun kumpulan (grup) adalah pendapat serta pandangan saya sendiri yang tidak bersangkut paut dengan madrasah atau mana-mana guru saya.

“Semoga permohonan maaf ini dapat menjernihkan tanggapan dan suasana tidak kondusif antara warga medsos (media sosial) kebelakangan ini.

“Kepada Allah saya memohon ampun, pada Rasulullah saya mengharap syafaat, kepala kalian saya memohon maaf,” tulis wanita berkenaan menerusi satu hantaran.

Susulan itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar turut mengarahkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) berkaitan kandungan berkenaan.

Loading...
Terkini