comscore
Tumpuan :
Tular

Warga Nepal Melambung Dirempuh Kereta Alami Cedera Ringan

Oleh Zahir Senapiah

JOHOR BAHRU: Berpantang maut sebelum ajal.

Begitulah nasib seorang warga Nepal yang cedera ringan selepas dirempuh sebuah kereta ketika melintas di lampu isyarat, Jalan selatan 7, Taman Kempas Indah, petang semalam.

Timbalan Ketua Polis daerah Johor Bahru Utara, Superitenden Fariz Ammar Abdullah berkata, kemalangan berlaku apabila warga Nepal berumur 22 tahun itu dirempuh sebuah kereta ketika melintas jalan bersama dua lagi rakannya.

Akibat rempuhan itu mangsa dilihat melambung sebelum jatuh kita-kira sejauh lima meter dan videonya tular di media sosial.

Menurut beliau kereta proton berkenaan dipandu seorang lelaki tampatan berumur 42 tahun.

Siasatan awal mendapati ketika kejadian lampu isyarat dilokasi kejadian adalah berwarna hijau.

Akibat kemalangan itu mangsa hanya mengalami cedera ringan dan dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.

Menurut beliau, kes sisiasat dibawah Peraturan 41, Kaedah-kaedah Lalulintas 1959.

Sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda maksimum RM2,000 atau penjara 6 bulan.

Loading...
Terkini