comscore
Tumpuan :
Nasional

3,000 koperasi dijangka adaptasi sistem perladangan pintar

Foto: NSTP

Oleh Suzila Idayu Yaacob

PETALING JAYA: Lebih 3,000 koperasi di bidang pertanian dan perladangan akan mengadaptasi sistem perladangan digital pintar.

Pengerusi Koperasi Warga Institut Koperasi Malaysia Bhd (KoIKMa), Mohd Zaib Mat Yunus berkata, sistem yang boleh diguna pakai di semua jenis perladangan itu, akan membolehkan petani dan peladang mempertingkat produktiviti dan jualan, serta mengoptimumkan kos operasi.

Transformasi pertanian itu hasil kerjasama dengan syarikat penyedia perkhidmatan berasaskan teknologi, Nectar Consortium Sdn. Bhd.

“Bagaimana kita nak meningkatkan kecekapan pengendalian pertanian ini oleh pihak koperasi dan kita mensasarkan sekurang-kurangnya 30 peratus berlaku peningkatan berbanding sebelumnya. Kedua, dari segi produktiviti kita sasarkan lebih 20 peratus produktiviti yang mereka laksanakan sebelum ini dengan suntikan teknologi, seterusnya meningkatkan jualan,” katanya pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara KoIKMa dan Nectar.

Menurut beliau, kerjasama ini membolehkan petani meneroka teknologi kecerdasan buatan (AI) dan internet kebendaan (IoT) untuk membangunkan pertanian digital dan pintar, sekaligus memperkasa pengurusan rantaian bekalan dan sekuriti makanan.

Ujarnya, selepas sektor pertanian, Nectar Consortium bercadang untuk bekerjasama dengan pihak koperasi di bidang kewangan, pemborong dan peruncitan, hartanah, pelancongan, serta kecantikan dan kesihatan.

Loading...
Terkini