comscore
Tumpuan :
Sukan

Aksi Negeri Sembilan, Kl City ditunda

Perlawanan di antara Negeri Sembilan dan KL City terpaksa dihentikan sementara akibat hujan lebat. – FOTO : NSTP


SEREMBAN: Perlawanan Liga Super antara Negeri Sembilan FC (NSFC) dengan Kuala Lumpur (KL) City FC yang berlangsung di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, malam tadi, ditunda susulan hujan lebat berterusan dan padang digenangi air.

Pengumuman penangguhan itu dibuat oleh pegawai bertugas pada jam 10.30 malam.

Terdahulu, pengadil perlawanan, Muhammad Usaid Jamal memberhentikan perlawanan pada minit ke-27, selepas hujan yang mula turun sejak jam 6.30 petang tadi berterusan sehingga malam ini.

Keadaan itu menyebabkan padang stadium digenangi air hujan.

Ketika perlawanan dihentikan kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan.

Pegawai pertandingan membuat dua kali ujian dan kemudian membuat keputusan menunda perlawanan ke suatu tarikh lain yang akan dikeluarkan oleh pengendali liga, Liga Bolasepak Malaysia (MFL). – BERITA HARIAN

Loading...
Terkini