comscore
Tumpuan :
Sukan

BADMINTON: Gandingan Juara Dunia 2022 berjaya elak penyingkiran awal

FOTO FB BAM

BUKIT JALIL: Ia hari yang tidak begitu memberangsangkan bagi kem beregu kebangsaan apabila hanya Aaron Chia/ Soh Wooi Yik melepasi saingan pusingan pertama manakala dua lagi tersingkir awal.

Aaron/ Wooi Yik yang berdepan Lee Jhe Huei/ Yang Pho Hsuan dipaksa bekerja keras dengan dikejutkan lawan menerusi kekalahan 16-21 di permainan awal.

Pilihan keempat itu kemudiannya mengubah nasib mereka menerusi keputusan 21-15 membolehkan mengheret penentuan ke aksi ketiga.

Jhe Huei/ Pho Hsuan terus gagal menghalang kemaraan juara dunia 2022 itu selepas tewas 16-21 sekaligus dijadual berjumpa Liu Yu Chen/ Ou Xuan Yi dari China selepas ini.

Kem beregu lelaki terus cemas menyaksikan dua wakil Goh Sze Fei/ Nur Izzuddin Mohd Rumsani dan Man Wei Chong/ Tee Kai Wun ditunjukkan jalan keluar.

Sze Fei/ Izzuddin yang berdepan wakil China, Liang Wei Keng/ Wang Chang tewas 16-21 di pertama namun bangkit dengan keputusan 21-11 selepas itu.

Kedua-duanya kelihatan seakan tertekan dengan asakan pantas lawan menyebabkan gagal meneruskan kemaraan dikecewakan 17-21.

Wei Chong/ Kai Wun pula  hampir-hampir melakar kejutan sewaktu bertarung dengan Marcus Fernaldi Gideon/  Kevin Sanjaya Sukamuljo.

Beregu muda bukan pilihan itu mampu menyaingi lawan pilihan kedua kejohanan dengan saling bertukar-tukar mata sejak awal.

Tetapi terpaksa akur gagal ke pusingan kedua menerusi kekalahan tipis 18-21, 21-23 kepada wakil Indonesia dalam tempoh 33 minit.

Loading...
Terkini