comscore
Tumpuan :
Luar Negara

Israel lancar serangan roket ke Gaza

FOTO: Reuters

PALESTIN: Tentera Israel melancarkan serangan udara ke atas beberapa lokasi di semenanjung Gaza

Sasaran serangan termasuk beberapa lokasi yang mempunyai aset ketenteraan termasuk kem latihan kumpulan Hamas.

Ia dilancarkan selepas bedilan roket dari Gaza susulan kematian rakyat Palestin dalam tahanan Khader Adnan yang maut akibat mogok lapar.

FOTO: Reuters

Menurut kenyataan tentera Israel, sebanyak 26 roket dibedil dari Gaza.

Ia mengakibatkan tiga orang cedera termasuk warga asing

Ketegangan memuncak susulan kematian Khader yang juga pemimpin kanan Kumpulan Jihad Islam Palestin.

Beliau disahkan meninggal dunia sejurus dibawa ke hospital selepas hari ke-68 mogok lapar dalam penjara.

Loading...
Terkini