comscore
Tumpuan :
Luar Negara

[VIDEO] Lagi tindakan biadap bakar Al-Quran di Eropah

 

Lagi tindakan biadap membakar Al-Quran di Eropah.

Kali ini, ketua pelampau berhaluan kanan Gerakan Anti-Islam Eropah, PEGIDA, Edwin Wagensveld memijak dan mengoyak Al-Quran serta membakarnya di satu lokasi di Belanda.

Tindakan biadap itu turut direkod dan dimuat naik ke laman sosialnya.

Dakwa Wagensveld, tindakannnya itu mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa tempatan.

Tambahnya lagi, kumpulan itu akan meneruskan tindakan mereka walaupun berdepan ancaman .

Wagensveld sebelum ini pernah ditahan di atas dua kesalahan kerana aktiviti menghina Islam.

Dua bulan lalu, Wagensveld ditahan kerana menghina Nabi Muhammad S.A.W dengan menggunakan alat pembesar suara di satu lokasi.

Edwin Wagensveld. – FOTO: TRT WORLD

Dia bagaimanpun tidak didakwa kerana tindakan itu tidak dianggap sebagai jenayah.

Ini insiden kedua membabitkan tindakan membakar Al-Quran dan menghina Islam di Eropah dalam tempoh 4 hari.

Sabtu lalu, pelampau sayap kanan Denmark-Sweden Rasmus Paludan membakar Al-Quran di hadapan kedutaan Turkiye di Stockholm

Insiden itu mencetuskan kemarahan umat Islam di seluruh dunia. –  TRTWORLD

Loading...
Terkini