comscore
Tumpuan :
Sukan

Ng Tze Young gagal lepasi pusingan pertama

KUALA LUMPUR: Hasrat Ng Tze Young melakukan kejutan mara ke pusingan kedua tidak kesampaian selepas tewas kepada pemain Jepun Kenta Nishimoto sebentar tadi.

Tze Young pemain nombor 21 dunia bermula meyakinkan apabila memenangi set pertama 21-17.

Bagaimanapun Tze Young gagal mengekalkan penguasaan membolehkan Nishimoto menang set kedua 21-16 untuk mengheret perlawanan ke rubber sets.

Set penentuan nyata Tze Young semakin sukar mencabar Nishimoto yang juga pemain ranking ke-13 dunia.

Nishimoto mengesahkan kemaraan ke pusingan kedua apabila menamatkan set penentuan 21-13 pada pertarungan yang berlarutan 1 jam 23 minit.

Pada pusingan kedua esok Nishimoto akan menentang pilihan ke-3 dari Indonesia, Jonatan Christie.

Tersingkirnya Tze Young, cuma tinggal Lee Zii Jia meneruskan cabaran perseorangan negara dan akan berdepan pemain China, Guang Zu pada pusingan pertama malam ini.

Loading...
Terkini