comscore
Tumpuan :
Kes

[VIDEO] Pemandu lori maut dalam kemalangan 5 kenderaan

FOTO : Tangkap layar video Tular

NILAI: Seorang pemandu lori maut dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Kilometer 280 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan, berhampiran kilang Recron Malaysia Sdn Bhd, di sini, pagi tadi.

Kejadian jam 11.40 pagi itu menyebabkan semua empat lorong ditutup sehingga berlaku kesesakan sepanjang lebih 5km.

 

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Negeri Sembilan memaklumkan kemalangan itu turut membabitkan dua treler dan sebuah motosikal.

Insiden berkenaan turut melibatkan 10 mangsa dengan empat daripadanya termasuk dua wanita didapati cedera.

Manakala mangsa lain dilaporkan tidak mengalami kecederaan.

Sehingga jam 3 petang tadi, pihak bomba memaklumkan operasi di lokasi kejadian masih berjalan.

Loading...
Terkini