comscore
Tumpuan :
Nasional

Pengundi beratur 2 jam untuk mengundi terlalu lama – Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim meninjau pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan Manjoi

Oleh Syafiqah Damanhuri

IPOH: Dua jam masa beratur untuk mengundi di beberapa saluran adalah terlalu lama.

Itu kata Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Calon PH Parlimen Tambun, yang mendakwa terdapat barisan yang panjang di beberapa saluran.

Katanya, di peringkat awal proses pengundian, wujud masalah dari segi akses ke laman sesawang rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) namun beliau difahamkan masalah itu sudah diselesaikan.

Ditanya adakah PH mampu menang majoriti mudah pada pilihan raya umum ke-15 (PRU-15), beliau berkata, pihaknya optimis dapat memperoleh lebih 100 kerusi untuk membentuk kerajaan persekutuan.

Datuk Seri Anwar sebelum itu membuat tinjauan di Sekolah Kebangsaan Manjoi di sini.

Loading...
Terkini