comscore
Tumpuan :
Sukan

PIALA DUNIA 2022 : England `kuburkan’ impian Wales 

Penyerang England, Marcus Rashford merembat bola ke arah pintu gol ketika bertemu Wales dalam aksi Kumpulan B Piala Dunia 2022 di Stadium Ahmad Bin Ali, Doha. England menang 3-0. – Foto REUTERS

AL RAYYAN: Dua jaringan Marcus Rashford pada babak kedua memberikan England kemenangan 3-0 ke atas jiran tetangga Wales, sekali gus melangkah ke pusingan 16 terbaik Piala Dunia.

Tiga mata yang diraih membolehkan skuad Three Lions muncul selaku juara Kumpulan B sekaligus menamatkan hasrat Wales untuk mara ke pusingan kalah mati.

Dalam perlawanan itu, Rashford menjaringkan gol pada minit ke-50 sebelum Phil Foden menggandakan pendahuluan England selang seminit kemudian.

Pemain Wales, Ben Davies (kiri) dan pemain England, Phil Foden berebut bola dalam aksi Kumpulan B Piala Dunia 2022 di Stadium Ahmad Bin Ali, Doha. England menang 3-0. – Foto AP

Rashford nyata menjadi wira buat England apabila berjaya menewaskan penjaga gol, Danny Ward pada minit ke-68 untuk menjamin kemenangan 3-0.

Kemenangan itu meletakkan England berada di puncak carta kumpulan dengan tujuh mata dan bakal bertemu Senegal pada pusingan seterusnya.

Dalam pada itu, Wales mengakhiri saingan di tangga tercorot kumpulan dengan satu mata pertama buat mereka di Piala Dunia selepas tempoh 64 tahun penantian.

Begitupun, penampilan mereka selepas 1958 berakhir tanpa satu pun kemenangan dan hanya meraih satu gol dalam tiga perlawanan. – Reuters

Loading...
Terkini