comscore
Tumpuan :
Nasional

Polis siasat dakwaan wujud unsur kongsi gelap dalam kes buli di sekolah

PULAU PINANG: Polis masih menjalankan siasatan berhubung dakwaan wujud unsur kongsi gelap dalam dua kejadian buli membabitkan pelajar sebuah sekolah menengah di Butterworth.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Khaw Kok Chin berkata pihaknya menahan sembilan orang pelajar yang dikaitkan dengan kes buli itu pada Jumaat lalu.

Bagaimanapun mereka  telah dibebaskan dengan jaminan polis selepas diambil keterangan.

Kertas siasatan telah diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.

Kejadian itu turut tular di media sosial dengan salah satu video memaparkan seorang murid lelaki ditumbuk serta ditendang bertubi-tubi oleh beberapa murid dipercayai berlaku dalam sebuah tandas sekolah berkenaan.

Difahamkan dakwaan penglibatan oleh kumpulan kongsi gelap itu tercetus selepas pihak polis menahan seorang remaja lelaki berusia 16 tahun yang tidak bersekolah dan dipercayai turut terlibat dalam insiden berkenaan.

Loading...
Terkini