comscore
Tumpuan :
Politik

PRU-15: Ahli BN tanding atas tiket lawan akan dipecat secara automatik

Oleh Rusyaidi Hafiz Shahid

BAGAN DATUK: Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan mana-mana ahlinya yang tidak terpilih sebagai calon Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) dan bertanding sebagai pihak lawan berdepan pemecatan secara automatik.

Pemecatan itu turut terpakai kepada ahli-ahli parti itu yang bertindak menjadi penyokong dan pencadang kepada calon tersebut.

“Saya telah arahkan Setiausaha Agung untuk mengeluarkan satu kenyataan berkaitan dengan fasa-fasa tertentu dalam perlembagaan yang dilanggar oleh ahli parti bertanding juga pada PRU ini menentang calon UMNO.

Jelasnya, pemecatan itu boleh dilakukan dengan mengikut fasal-fasal yang termaktub dalam perlembagaan UMNO dan BN.

“BN dan UMNO mempunyai hak untuk memecat mereka secara automatik kerana merupakan langkah biasa kerana kita ikut tatacara etika yang terdapat dalam UMNO dan BN,” ujar Presiden Barisan Nasional itu ketika sidang media di kediamannya di Sungai Nipah Darat, Bagan Datuk.

Media melaporkan Datuk Seri Shahidan Kassim dan Datuk Ismail Abdul Mutalib masing-masing sah bertanding kerusi Parlimen Arau dan Maran menggunakan tiket Perikatan Nasional (PN) manakala Datuk Zahidi Zainul Abidin sebagai calon Bebas di Padang Besar pada PRU ini.

Ia setelah kesemua mereka tidak dicalonkan sebagai calon BN kali ini. – BULETIN TV3

Loading...
Terkini