comscore
Tumpuan :
Politik

PRU-15: Bekas MB Johor kini Ahli Parlimen Kota Tinggi

Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin

KOTA TINGGI: Calon Barisan Nasional (BN) yang juga Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berjaya memenangi kerusi Parlimen Kota Tinggi selepas memperoleh 25,410 undian.

Beliau yang juga bekas Menteri Besar Johor menewaskan dua pencabarnya dengan majoriti undian sebanyak 8,390.

Dua lagi calon di Parlimen itu dari Perikatan Nasional (PN), Mohamad Ridhwan Rasman meraih 17,020 undi, manakala calon Pakatan Harapan (PH), Onn Jaafar mendapat 4,903 undi.

Keputusan rasmi itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Kota Tinggi, Datin Paduka Hazlina Jalil di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim pada jam 10.20.

Parlimen Kota Tinggi merekodkan orang keluar mengundi sebanyak 78.53 peratus dan sebanyak 318 kertas undi ditolak, manakala 478 kertas undi tidak dikembalikan.

Loading...
Terkini