comscore
Tumpuan :
Nasional

PRU-15: Polis nafi berlaku ‘power trip’ di pusat undi SJKC Kepong

Petugas SPR mencelup jari pengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) hari ini. – Foto NSTP/Mohd Adam Arinin

KUALA LUMPUR: Polis menafikan berlaku gangguan bekalan elektrik di pusat mengundi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di Kepong, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai, berkata sebaliknya, hanya set generator di pusat mengundi berkenaan yang mengalami kerosakan akibat gangguan bekalan elektrik.

“Kami mendapati set generator yang digunakan rosak pagi ini tetapi keadaan itu berjaya dibaik pulih,” katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata tiada sebarang provokasi berlaku ketika kejadian.

Sementara itu, TNB Careline menerusi kenyataan dalam Facebook memaklumkan siasatan mendapati punca kejadian itu disebabkan masalah pendawaian dan gangguan sistem bekalan melalui jana kuasa mudah alih di pihak pengguna.

“TNB akan terus memantau bagi memastikan bekalan elektrik kekal stabil sepanjang proses pengundian ini selesai,” menurut kenyataan itu.

Terdahulu, terdapat dakwaan mengenai kejadian power trip hampir satu jam di pusat pengundian itu dan pengundi terpaksa mengundi dalam gelap. – BERNAMA

Loading...
Terkini