comscore
Tumpuan :
Politik

[VIDEO] PRU-15: Pulau Pinang isytihar Cuti Khas Negeri 18 Nov.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow. -Foto: BH

Oleh Selwam Arjunan

GEORGE TOWN: Pulau Pinang mengisytiharkan Cuti Khas Negeri pada 18 November, sehari sebelum hari pengundian Pilihan Raya Umum ke-15.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow dalam satu kenyataan berkata ia untuk memudahkan dan juga galakan kepada rakyat Pulau Pinang untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.

Pulau Pinang menyaksikan perebutan 13 kerusi Parlimen pada PRU-15, manakala Dewan Undangan Negeri tidak dibubarkan.

Semalam, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mengumumkan cuti umum bagi negeri berkenaan bagi memudahkan pemilih keluar mengundi.

Turut mengumumkan cuti khas 18 November adalah Kerajaan Negeri Sembilan sebagai persediaan mengundi di seluruh negeri itu.

– BULETIN TV3

Loading...
Terkini