comscore
Tumpuan :
Nasional

Remaja maut kemalangan dalam perjalanan beli baju raya

Oleh Selwam Arjunan

BATU KAWAN: Hasrat seorang remaja untuk memeli baju raya bersama rakan-rakan tidak kesampaian apabila maut dalam kemalangan di Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (JSAHMS), di sini, malam tadi.

Mangsa, Mohamad Donny Aliff Rasdi, 18, yang berasal dari Kampung Makam, George Town dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan di kepala.

Kejadian berlaku di Kilometer 8.9 JSAHMS arah Batu Kawan kira-kira jam 10.30 malam .

Mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y15 itu dipercayai hilang kawalan lalu merempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda dari arah belakang.

Kejadian berlaku ketika mangsa yang merupakan anak tunggal dikatakan dalam perjalanan ke Uptown Perda di Bukit Mertajam untuk membeli-belah sempena Aidifitri.

Beberapa rakannya yang menunggang motosikal secara berasingan tidak terlibat dalam nahas itu.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Sungai Bakap .

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Lee Chong Chern ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Loading...
Terkini