comscore
Tumpuan :
Sukan

Ricciardo kembali sebagai pelumba ketiga

PENGALAMAN Ricciardo ditagih Red Bull. FOTO AFP

UNTERFOHRING: Daniel Ricciardo akan kembali kepada pasukan Formula Satu (F1), Red Bull Racing (RBR) sebagai pelumba simpanan pada saingan 2023.”Ricciardo akan menjadi pelumba ketiga kami,” kata Ketua RBR, Helmut Marko kepada Sky Jerman.

Ricciardo akan menjadi pelumba simpanan jika Max Verstappen atau Sergio Perez tidak dapat beraksi.

Peranan pemandu Australia berusia 33 tahun itu juga termasuk kewajipan dari segi komersial dan demonstrasi.

“Kami mempunyai begitu ramai penaja, kami perlu melakukan persembahan dan seumpamanya, jadi sudah tentu dia antara yang paling berprofil tinggi dan paling sesuai,” kata Marko.

ESPN melaporkan perjanjian itu akan disahkan esok buat Ricciardo, yang sebelum ini bersama dengan Red Bull dari 2014-18.

Ricciardo berlumba untuk McLaren sejak dua tahun lalu tetapi diketepikan bagi saingan 2023 apabila tahun terakhir kontraknya ditamatkan dengan persetujuan bersama pada Ogos.

Ricciardo membuat penampilan sulung F1 dan mempunyai lapan kemenangan Grand Prix dalam kerjaya, yang terbaru di Itali pada 12 September 2021. – Harian Metro

Loading...
Terkini