comscore
Tumpuan :
Nasional

Virus Marburg: Pemantauan rapi di pintu masuk negara

Dr. Zaliha Mustafa melawat bazar ramadan di Segamat siang tadi

SEGAMAT : Kementerian Kesihatan (KMM) membuat pengawasan dan pemantauan rapi di pintu masuk antarabangsa khususnya buat pelancong dari Afrika dan rakyat Malaysia yang baharu pulang dari benua itu bagi membendung penularan virus Marburg di negara ini.

Menterinya, Dr Zaliha Mustafa berkata, meskipun tiada kes direkodkan hingga kini, namun pihaknya memantau rapat perkembangan kes berkenaan yang meragut nyawa beberapa penduduk di benua Afrika.

“Bila kita dapat berita macam ini memang kita melakukan pengawasan dan pemantauan dibuat khususnya untuk mereka yang datang dari Afrika lah.

“Tetapi setakat ini belum adalah apa-apa kes dalam negara namun kita akan terus memantaunya di pintu-pintu masuk antarabangsa,” katanya yang ditemui selepas melawat bazaar ramadan di Segamat.

Beliau turut menasihatkan rakyat Malaysia yang baharu pulang dari negara-negara Afrika, untuk membuat pemeriksaan di hospital dan klinik berhampiran sekiranya menunjukkan gejala kesihatan yang merosot.

Terdahulu, Kementerian Kesihatan Malawi mengeluarkan amaran mengenai penyakit virus Marburg yang setakat ini meragut lima nyawa di wilayah barat laut Kagera, Tanzania

Loading...
Terkini