HOME / Jenayah

COVID-19 | 109 Anggota Polis Jalani Saringan Gara-gara Kes Pergaduhan

Di Kuching, sejumlah 109 pegawai dan anggota polis menjalani saringan COVID-19 dan dikuarantin selepas dua suspek kes pergaduhan Ahad lalu yang ditahan positif jangkitan wabak itu.    Menurut Pesuruhjaya Polis Negeri Datuk Aidi Ismail, kesemua mereka terbabit dari tiga balai polis iatu Balai Polis Gita, Tabuan Jaya dan Sekama yang bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah, Polis Pengiring dan Warden Lokap.