HOME / Jenayah

HEMPAS KUCING | 'Animal Malaysia' Mohon Kerjasama Orang Ramai Jejak Pelaku

Persatuan Haiwan Malaysia "Animal Malaysia" memohon kerjasama orang ramai untuk menyalurkan maklumat berkaitan insiden individu menghempas kucing hingga mati di hadapan premis perniagaan dekat lingkaran Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Melaka. Menerusi perkongsian di Facebook Animal Malaysia, rakaman CCTV terbabit menunjukkan seekor kucing tidur di hadapan sebuah premis. Kemudian, seorang individu disyaki sedang berjoging mengangkat kucing itu lalu menghempas ke lantai beberapa kali. ==================== Dapatkan berita terkini, tepat dan sahih dengan ‘SUBSCRIBE’ YouTube Buletin TV3 IKUTI kami di; Facebook: https://www.facebook.com/BuletinTV3Official/ Twitter: https://twitter.com/BuletinTV3 Instagram: https://www.instagram.com/buletintv3/ Website: https://www.buletintv3.my #BuletinTV3 #BuletinUtama #BU