HOME / Jenayah

JUDI | Polis Menyamar Jadi Penghantar Makanan Serbu Rumah Kasino

JUDI | Menyamar Jadi penghantar Makanan Serbu Rumah Kasino Pihak polis menggunakan taktik penyamaran sebagai penghantar makanan bagi menyerbu satu unit kediaman di sebuah residensi mewah yang menjalankan aktiviti mini kasino, siang tadi. Serbuan jam 2 petang tadi di Jalan Pudu oleh Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) JSJ, Kuala Lumpur selepas melakukan risikan sejak beberapa hari lalu susulan maklumat orang awam. Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Nasri Mansor, berkata, semasa serbuan, polis terpaksa menyamar sebagai penghantar makanan ke unit berkenaan untuk memastikan suspek membuka pintu. Hasil pemeriksaan mendapati, terdapat 13 individu termasuk dua wanita warga tempatan dan seorang lelaki warga Perancis berada dalam unit berkenaan yang dilengkapi dua meja kasino. Ketika serbuan juga beberapa pemain sedang leka membuat pertaruhan di dalam sebuah bilik dan ruang tamu unit kediaman itu. Siasatan awal mendapati, aktiviti perjudian di premis itu akan berlangsung bermula jam 2 petang sehingga 7 pagi semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0) dilaksanakan ketika ini. Penganjur kegiatan ini didalangi seorang lelaki tempatan. ==================== Dapatkan berita terkini, tepat dan sahih dengan ‘SUBSCRIBE’ YouTube Buletin TV3 IKUTI kami di; Facebook: https://www.facebook.com/BuletinTV3Official/ Twitter: https://twitter.com/BuletinTV3 Instagram: https://www.instagram.com/buletintv3/ Website: https://www.buletintv3.my #BuletinTV3