HOME / Jenayah

MACAU SCAM | Pegawai Bank Rugi RM104,000

Seorang pegawai bank menjadi mangsa sindiket Macau Scam apabila ditipu lebih RM100,000 selepas menyerahkan maklumat akaun banknya kepada pihak menyamar sebagai wakil 'bank negara'.   Mangsa wanita berusia 47 tahun itu dihubungi suspek yang mengaku sebagai pegawai sebuah bank dan memaklumkan kononnya wujud transaksi daripada kad kredit untuk urusan mata wang elektronik, bitcoin tanpa kebenarannya.