HOME / Jenayah

RASUAH | 4 Ditahan Terima Rasuah Lebih RM8 Juta

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)  menahan 4 orang termasuk seorang bekas presiden merangkap pengarah urusan sebuah bank bergelar datuk disyaki menerima rasuah bagi meluluskan pinjaman kewangan berjumlah RM400 juta kepada sebuah syarikat.   Menurut sumber, mereka menerima rasuah yang dianggarkan bernilai RM8 juta sebagai komisyen untuk meluluskan permohonan pinjaman kewangan bagi projek yang dipercayai tidak wujud.