HOME / Jenayah

SENJATA TIRUAN | 6 Ditahan, Latih Tembak ‘Airsoft’, ‘Gel Blaster’

Polis Kelantan merampas 11 laras senjata api tiruan bersama 14 kelopak peluru digunakan enam lelaki untuk permainan seakan ‘paint ball’ di sebuah kilang padi terbiar di Kampung Buloh Poh, Ketereh, Selasa lalu. Ketua Polis Daerah Kota Bharu (ACP) Abdul Rahim Daud berkata dalam serbuan itu, kumpulan termasuk dua remaja berusia 14 dan 15 tahun sedang melakukan latihan menembak menggunakan senjata terbabit.