HOME / Jenayah

Wartawan Rugi RM6,000 Gara-gara Penyeluk Saku

Seorang wartawan di sebuah stesen televisyen swasta mengalami kerugian kira-kira RM6,000 selepas telefon bimbit milik mangsa di curi penyeluk saku. Menerusi video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang tular semalam menunjukkan mangsa yang ketika itu sedang memilih barang di sebuah kedai, didatangi seorang lelaki yang kemudiannya menyeluk beg dan melarikan telefon bimbit miliknya. Mangsa menyedari telefon bimbit miliknya hilang selepas mendapati beg tangannya terbuka. Laporan polis sudah dibuat mangsa di Balai Polis Mutiara Damansara untuk siasatan.