HOME / Laporan Eksklusif

KELUARGA MALAYSIA | Perpaduan & Sikap Hormat Kekal Ada

Menjelang sambutan Hari Malaysia Ke-58 Khamis ini, negara majmuk seperti kita tidak lari daripada isu yang kadang-kala menyentuh soal kaum dan agama. Kadang-kala juga ia menjadi satu polemik yang sedikit sebanyak menggegarkan perpaduan kita sebagai satu keluarga Malaysia. Namun begitu, semangat kekitaan yang kuat selain perpaduan dan sikap saling menghormati masih tinggi dalam kalangan rakyat. Adakah ia satu realiti atau sekadar retorik? Ikuti tinjauan Wartawan Hamdi Fahmi Mohamad Zaki.