AMAN PALESTIN | Kempen "Ibadah Korban Di Bumi Anbia" Sasar Kutipan RM9 Juta
Ibadah korban antara kesempatan terbaik untuk umat Islam menzahirkan kesyukuran dan berkongsi rezeki dengan golongan memerlukan. Sempena hari raya Aidiladha tahun ini, aman palestin memperkenalkan kempen "Ibadah Korban Di Bumi Anbia" dengan sasaran kutipan RM9 juta untuk diagihkan kepada penduduk di Yaman, Palestin Dan Syria.