HOME / Nasional

Artifak Sejarah Lebih 1,000 Tahun Ditemui Di Muara Sungai Pahang.

Artifak sejarah lebih 1,000 tahun ditemui di Muara Sungai Pahang Di Pekan, Pahang. Sekumpulan penyelidik arkeologi menemui sejumlah artifak sejarah di Muara Sungai Pahang Di Pekan, Pahang dipercayai peninggalan pedagang China era Dinasti Song dan Dinasti Tang pada abad ke-10. Antara artifak ditemui adalah lima serpihan tembikar, sekeping seramik celadon dan enam syiling lama tertera ukiran kaligrafi Cina. Artifak sejarah berusia lebih 1,000 tahun itu ditemui di Dasar Sungai Pahang di kawasan perlombongan pasir berhampiran Kampung Sri Maulana, Pekan semalam. Turut ditemui tertanam di dasar sungai terbabit dipercayai bangkai kapal karam dan pencarian artifak sejarah lain sedang diteruskan. Berdasarkan pengkaji sejarah, Muara Sungai Pahang dan Perkampungan Sri Maulana adalah bekas pelabuhan perdagang China, Arab dan India sebelum zaman Kesultanan Melayu Melaka. Video: Fazli Ahmad ================== Dapatkan berita terkini, tepat dan sahih dengan SUBSCRIBE YouTube Buletin TV3 Ikuti kami di media sosial; Facebook: https://www.facebook.com/BuletinTV3Official/ Twitter: https://twitter.com/BuletinTV3 Instagram: https://www.instagram.com/buletintv3/ #BuletinTV3