HOME / Nasional

ASRI JANGGUT | Tampil Beri Keterangan

ASRI JANGGUT | Tampil Beri Keterangan Pengasas Hot Burger Malaysia, Mohd Asri Hamid 42, tiba di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman kira-kira jam 10.25 pagi tadi untuk memberi keterangan. Ia dipercayai susulan dakwaanya yang mengatakan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak menjaga solat. Difahamkan kes disiasat mengikut Seksyen 505 (b),505 (c) Kanun Keseksaan dan Sesyen 233 Akta Komunikasi Multimedia. Sebelum ini Asri telah mengemukakan permohonan maaf selepas mencetuskan kontroversi dengan dakwaan itu di laman Facebook Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM). Asri mula menjadi tumpuan selepas tampil dengan pendedahan mengenai kedai judi dan penjualan rokok seludup di Bandar Baru Sungai Buloh.