HOME / Nasional

COVID-19 | Bank Tempatan Tawar Moratorium

Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pengenalan tiga langkah penangguhan membabitkan institusi kewangan bagi membantu rakyat berdepan kekangan ekonomi susulan penularan wabak COVID-19. Perdana Menteri dalam satu kenyataan, pagi ini, berkata tiga langkah berkenaan ialah penangguhan bayaran balik pinjaman, penyusunan baki kad kredit dan penstrukturan semula pinjaman perniagaan.