HOME / Nasional

FASA 2 PPN | Sebahagian Laluan 'Miami Beach' Ditutup

FASA 2 PPN | Sebahagian Laluan 'Miami Beach' Ditutup Polis Terengganu akan menutup sebahagian laluan dari kawasan peranginan Pantai Tok Jembal menghala ke jambatan angkat di Kuala Terengganu selepas ramai pengunjung menyalah guna kelonggaran riadah secara individu di taman awam itu. Ketua Polis, Datuk Rohaimi Md Isa berkata, langkah diambil untuk mengelak orang ramai berkumpul di kawasan berkenaan.