HOME / Nasional

JSPT BUKIT AMAN | Tingkat Pemantauan, Penguatkuasaan Pastikan Aliran Trafik Lancar

Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) akan melaksanakan pemantauan dan penguatkuasaan rapi, bagi memastikan aliran trafik bergerak lancar susulan pengumuman kebenaran rentas negeri oleh Perdana Menteri, baru-baru ini. Timbalan Pengarah Jspt Bukit Aman, Datuk Mohd Nadzri Hussain berkata, ia akan ditingkatkan mulai Jumaat ini, apabila trafik dijangka sibuk susulan pertambahan pergerakan kenderaan yang ketara di jalan raya, berikutan orang ramai dijangka mengambil cuti selama empat hari sempena Maulidur Rasul. ==================== Dapatkan berita terkini, tepat dan sahih dengan ‘SUBSCRIBE’ YouTube Buletin TV3 IKUTI kami di; Facebook: https://www.facebook.com/BuletinTV3Official/ Twitter: https://twitter.com/BuletinTV3 Instagram: https://www.instagram.com/buletintv3/ Website: https://www.buletintv3.my #BuletinTV3 #BuletinUtama #BU