HOME / Nasional

KABINET MALAYSIA | Empat Menteri Kanan Dahului Angkat Sumpah Jawatan

Empat menteri kanan mendahului barisan jemaah menteri mengangkat sumpah jawatan dan taat setia serta simpan rahsia di hadapan Yang di-Pertuan Agong di Istana Melawati, Putrajaya. Dapatkan berita-berita terkini yang tepat lagi sahih dengan SUBSCRIBE Youtube kami di Buletin TV3. Juga di laman sosial Facebook, Twitter dan Instagram dengan carian Buletin TV3. Kumpulan pertama terdiri daripada Menteri Kanan - Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Menteri Kanan - Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Menteri Kanan - Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof; Menteri Kanan - Menteri Pendidikan, Mohd Radzi Md Jidin serta Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak), Datuk Seri Maximus Johnity Ongkili. Turut berangkat pada istiadat yang bermula jam 3 petang itu ialah Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. Majlis berlangsung susulan pengumuman barisan Jemaah Menteri baharu oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, semalam. Barisan pentadbiran kerajaan baharu pimpinan Muhyiddin merangkumi 31 menteri, termasuk empat menteri kanan, serta 37 timbalan menteri. #BuletinTV3 #buletinutama #BU