HOME / Nasional

Rezeki Tanah Sekangkang Kera

Berbudi kepada tanah walaupun secara kecilan atas tapak sekangkang kera, memberi faedah lumayan kepada 25 penduduk Perkampungan Padang Jaya, Kuantan, Pahang. Berkonsepkan pertanian bandar, pelbagai jenis sayur ditanam di tepi simpang jalan ke kawasan perumahan mereka. Hasilnya, mereka tidak perlu membeli sayur malah lebihan tanaman turut dijual sebagai pendapatan sampingan. Semua tanaman diusahakan secara bergotong-royong terjamin kebersihan dan kesegarannya serta bebas racun serangga. Kejayaan mereka mencuri perhatian Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee, turun padang melawat projek diusahakan penduduk kawasan perumahan terbabit. Kagum dengan kejayaan dan maufakat pen